yang menjadikan kita hari ini
ialah masa lalu
kenangan yang mengusik dari segala sisi
tapi aku lebih mengingati pelakon-pelakonnya
dari jalan cerita itu sendiri.
ya,
mana mungkin aku lupa sejarah dulu
aku sendiri yang merasai susah perit
jatuh bangun
pernah satu masa
aku lemah tak bermaya
suatu masa yang aku habiskan dengan sisa-sisa
suatu masa katil dan bantal teman aku
menyesal?
ya,
sedikit
tapi itu lah
Allah dah tentukan jalan hidup aku
jalan ini
jalan yang asing
mungkin kalau aku dapat apa yang aku nak
aku akan lupa siapa aku
kenapa aku dekat dunia ini
mungkin aku lagi tersungkur barangkali
mungkin aku insan terpilih
instimewa mungkin
sebab jalan cerita aku lain
dari mereka
bagaimana ingin aku cari kekuatan untuk berjuang
di atas landasan yang penuh onak
mungkin aku akan terbabas kali ini
tapi aku takut
aku tak nak terbabas lagi
aah
perit
ditelan tidak mahu
kerana usia aku hampir menjenggah 2 dekat
aku bukan budak-budak lagi
yang perlu sembunyi di sebalik jasad solid
dalam hati aku selalu berbisik
kenapa aku?
kenapa diri ini?
orang cakap jangan merungut
ha
tu lah masalah aku
suka merungut
tapi aku tau
aku tak patut merungut pasal ini
sebab Allah sayang aku
aku tahu Allah sayang aku
mungkin suatu masa dulu
yang mana aku pernah tersungkur
di lantai yang paling bawah
Dia datang dengan bagi apa yang aku perlu
bukan aku mahu
Dia jauhkan racun dalam hidup aku
ya
aku tahu Dia sayang aku
ya
aku tidak patut menangisi apa yang telah pergi
mungkin dia tidak baik untuk masa depan aku
aku cuma perlu kuat
aku cuma perlu tabah
aku cuma perlu kuat tahan air mata ini
aku cuma perlu senyum
senyum
dan senyum
jadi
tak perlu aku selalu mengingati masa lalu aku
sebab itu sejarah
sejarah yang mengajar aku menjadi insan yang ada hari ini
cuma aku perlu ingat
kegagalan yang aku rasai dulu
agar ia tidak akan berlaku lagi
mungkin aku perlu jatuh kalau aku lalai
tapi setidak-tidaknya
aku tak mahu tersungkur lagi ke lantai yang paling bawah
oh hati
kuatlah
No comments:
Post a Comment